Saturday 4 February 2012

Kes murtad Di MALAYSIA -_-

Salam buat semua,
Untuk sama-sama kita fikirkan akan akibatnya pd masyarakat Islam.
( LINAJOY)
kehebatan peguam jahanam
Azlina Jailani telah menang di Mahkamah. mereka tak
akan menang kerana melawan Allah, mereka hanya menang sementara
di dunia... sapa yg lebih berkuasa.... sama-samalah
kita berdoa agar kita, generasi kita dan semua Islam yg ada
sekarang sentiasa dlm Agama Allah dan dilindungi Allah terpesong
aqidah...amin
Pertubuhan Melayu Murtad telah diluluskan!!

persatuan Melayu Kristian telah SAH ditubuhkan di Malaysia !! Injil telah dicetak & di edar... IFC buat RoadshoW besar-besaran sokong kebebasan Beragama... Bersedialah wahai saudara - saudari ku yang amat disayangi... BERDOALAH SEMOGA UMAT ISLAM SELAMAT tolong sebarkan kepada yang cintakan AGAMA ALLAH (Agama Islam)....

ISLAM DIHINA DI MALAYSIA
Baca sama-sama...
Tentang sama-sama...

Dunia akhir zaman semakin menakutkan bila berkait dgn soal akidah. Nak jadi apa dah ni?? Patut laa ada yang kata tak nak ada anak. Bukan takut nak beranak, tapi takut ada anak yang terpesong akidah.. baik tak de langsung!!

Mufti Perak, Datuk Harussani Zakaria bangkit dalam isu ini dengan membuat kenyataan akhbar bahwa umat Islam wajib isytihar perang terhadap pertubuhan IFC itu dan minta 50 ahli politik Islam yang menurunkan signature sebagai menyokong penubuhan IFC itu bertaubat kepada Allah swt kerana dibimbangi aqidah mereka sudah terbatal [3]. Datuk Harussani juga minta kepada semua penceramah, semua ustaz-ustaz yang mengajar kuliah-kuliah dan semua khatib-khatib, supaya jangan lupa cakap benda ni dalam kuliah-kuliah dan di atas mimbar-mimbar Jumaat bahwa pertubuhan IFC ini adalah musuh Islam di M`sia.

Tuan-tuan tau depa minta apa kat PM?...
Depa send memorandum kepada PM meminta 15 perkara berhubung dengan Islam supaya dimasukkan dalam perlembagaan Malaysia .
Antaranya:
1) Setiap anak yang baru dilahirkan di Malaysia jangan dikaitkan dengan mana-mana agama sehinggalah anak itu berusia 18 tahun Tu dia tuan-tuan. Ini apa cerita ni? Maknanya, anak-anak kita langsung tidak boleh dididikkan dengan cara Islam. Kita tak boleh bubuh nama Islam kat anak-anak. Sampai umur 18 tahun, baru boleh duduk bincang di mahkamah,tanya kat anak kita, 'Hang nak ikut ugama apa?'...Kalau dia kata nak jadi hindu, maka jadi hindulah dia. Kita tak boleh nak buat apa sebab dah digazetkan dalam Perlembagaan Negara.

2) Di dalam dokumen pengenalan mykad dan passport dihapuskan kolum identiti agama - maknanya, perkataan 'Islam' yang ada kat mykad kita itu,depa minta di'tiada' kan .

3) Mana-mana orang bukan Islam kalau nak kahwin dengan orang Islam, dia tidak perlu masuk Islam.

4) Mana-mana orang Islam yang nak kahwin dengan orang bukan Islam mestilah dia tukar agama kepada bukan Islam.

5) Sebagaimana kerajaan Malaysia menyalurkan dana kepada masjid-masjid, begitu juga kerajaan Malaysia mesti menyalurkan dana kepada semua rumah ibadat orang bukan Islam.

6) Peraturan sekolah yang mengizinkan anak orang Islam menutup aurat hendaklah dimansuhkan, kerana ia menghina agama bukan Islam.

7) Hapuskan mahkamah syariah kerana ia juga menghina agama-agama lain - mahkamah syariah kalau takdak, habih la kita tuan-tuan. Walaupun la ni bukannya perfect, tapi itulah satu-satunya mahkamah yang defence agama kita. Kalau mahkamah syariah disingkirkan, masalah faraid pusaka, masalah nikah kahwin, cerai talak apa semua tu macamana?...Kalau tak dak mahkamah syariah, maknanya, perkahwinan tidak akan berjalan di atas akad nikah, sebaliknya, perkahwinan akan dibuat secara berdaftar.

8) Mana-mana orang bukan Islam yang masuk Islam, semua hartanya dikembalikan kepada waris yang tidak beragama Islam.

9) Mana-mana pasangan yang bukan Islam, apabila masuk Islam, maka hak penjagaan anak tidak boleh diberikan kepada mereka.

10) Sebagaimana program-program di radio dan tv yang menerangkan tentang ajaran Islam dalam bahasa ibunda masing-masing, begitu juga ajaran-ajaran lain daripada Islam juga perlu diberi ruang.

11) Sepertimana Quran, hendaklah kerajaan Malaysia turut mencetak bible dalam bahasa Melayu untuk diedarkan di seluruh negara.

12) Apa istimewanya Islam sehingga ditabalkan sebagai agama rasmi di Malaysia ? 

....lagi 3 ana tak ingat, anta boleh refer dalam Majalah Millenium Muslim.

Ini dia tuan-tuan, Islam diludah depan mata kita sendiri, so mana sensitiviti kita terhadap agama kita sendiri?...Datuk Harussani tegur PM dan 50 ahli politik Islam yang sokong pertubuhan tersebut supaya dibatalkan pertubuhan itu. Tau 50 orang Islam tu kata apa?...Depa kata kat Mufti Perak, 'Ni lah kalau dah terlalu tua jadi mufti, tak open minded langsung!'...Datuk Harussani balas dalam majalah 'Millenium Muslim', katanya, 'Di atas sikap open-minded rakyat Malaysia yang terlampau lebih, maka inilah hadiahnya!'...

Ini dia kata-kata seorang ulama di Malaysia . Yang lainnya sunyi sepi termasuklah akhbar-akhbar, macam ada benda dalam mulut sampai tak boleh nak buka!

Kata Al-Imam Ibn Kathir didalam tafsirnya: 'Sepertimana yang Tartar berhukum dengan berteraskan sistem pemerintahan yang diambil daripada raja mereka Genghiz Khan yang telah mencipta untuk mereka undang-undang Yasak yang merupakan sebuah buku menghimpunkan hukum-hakam yang diambil daripada syariat yang berbagai, iaitu Yahudi, Nasrani, Islam dan lain-lain. Dalamnya juga banyak hukum-hakam yang diambil daripada fikiran dan hawa nafsunya semata, lalu dijadikan undang-undang yang diikuti oleh anak cucunya. Mereka mendahulukannya melebihi kitab Allah dan Sunnah Rasulullah, sesiapa yang berbuat demkian maka dia adalah kafir dan wajib diperangi sehingga dia kembali kepada hukum Allah dan Rasulnya dan tidak berhukum selain daripadanya dalam perkara kecil ataupun besar (rujukan tafsir al-Quran al-'Azim oleh al-Imam Ibn Kathir jld. 2, m.s.. 70. Cetakan Beirut)

Allahua`ala `alam.

3 comments:

  1. ●▬▬▬▬▬▬▬▬ஜ۩۞۩ஜ▬▬▬▬▬▬▬▬●
    اللَّهُـمّ صَــــــلٌ علَےَ مُحمَّــــــــدْ و علَےَ آل مُحمَّــــــــدْ
    ●▬▬▬▬▬▬▬▬ஜ۩۞۩ஜ▬▬▬▬▬▬▬▬●
    Selawat ke atas junjungan mulia, syafaatnya tak terhingga
    LIKE ♥ SHARE

    ReplyDelete
  2. Utk sahabat2ku...
    صَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّد Selawat Allah ke atas Muhammad
    صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ Selawat salam dipohon lagi
    صَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّد Selawat Allah ke atas Muhammad
    صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ Selawat salam dipohon lagi

    يَا نَبِيْ سَلاَمٌ عَلَيْكَ Wahai Nabi salam atasmu
    يَا رَسُوْل سَلاَمٌ عَلَيْكَ Wahai Rasul, salam atasmu
    يَا حَبِيْبُ سَلاَمٌ عَلَيْكَ Wahai kekasih, salam atasmu
    صَلَوَاتُ الله عَلَيْكَ Selawat Allah ke atasmu

    أَشْرَقَ الْبَدْرُ عَلَيْنَا Bulan purnama menyinari kita
    فَاخْتَفَتْ مِنْهُ الْبُدُوْرُ Hilang segala cahaya
    مِثْلَ حُسْنِكَ مَا رَأَيْنَا Indah menawan tak pernah dilihat
    قَطُّ يَا وَجْهَ السُّرُوْرِ Wajah gembira sepanjang hayat

    أَنْتَ شَمْسٌ أَنْتَ بَدْرٌ Kaulah matahari, kaulah bulan
    أَنْتَ نُوْرٌ فَوْقَ نُوْرٍ Kaulah cahaya mengatasi cahaya
    أَنْتَ إِكْسِيْرٌ وَغَالِي Kaulah rahsia hidup mulia
    أَنْتَ مِصْبَاحُ الصُّدُوْرِ Kaulah menyuluhi jiwa

    يَا حَبِيْبِيْ يَا مُحَمَّد Wahai kekasihku, ya Muhammad
    يَا عَرُوْسَ الْخَافِقَيْنِ Wahai pendamping indah sejagat
    يَا مُؤَيَّدُ يَا مُمَجَّدُ Wahai Nabi dijulang dipuja
    يَا إِمَامَ الْقِبْلَتَيْنِ Wahai imam 2 kiblat

    مَنْ رَأَى وَجْهَكَ يَسْعَد Bahagialah orang memandang wajahmu
    يَا كَرِيْمَ الْوَالِدَيْنِ Wahai penghulu keturunan mulia
    حَوْضُكَ الصَّافِى الْمُبَرَّد Kolam airmu sejuk jernih
    وِرْدُنَا يَوْمَ النُّشُوْرِ Kunjungi kami pada hari akhirat

    مَا رَأَيْنَا الْعِيْسَ حَنَّتْ Sepanjang malam unta berjalan
    بِالسُّرَى إِلاَّ إِلَيْكَ Tiada berhenti rindukanmu
    وَالْغَمَامَةْ قَدْ اَظَلَّتْ Engkau dipayungi awan putih
    وَالْمَلاَ صَلُّوْا عَلَيْكَ Dan Malaikat sama berselawat

    عَالِمُ السِّرِّ وَأَخْفَى Allah mengetahui rahsia sulit
    مُسْتَجِيْبُ الدَّعَوَاتِ Dialah menyahut semua seruan
    رَبِّ إرْحَمْنَا جَمِيْعًا Wahai Tuhan Rahmatilah kami
    بِجَمِيْعِ الصَّالِحَاتِ Dengan segala amalan soleh

    وَصَلاَةُ الله عَلَى أَحْمَد Selawat Allah ke atas Muhammad
    عَدَّ تَحْرِيْرِ السُّطُوْرِ Sebanyak baris kertas ditulis
    أَحْمَدُ الْهَادِي مُحَمَّد Ahmad Muhammad petunjuk jalan
    صَاحِبُ الْوَجْهِ الْمُنِيْرِ Empunya wajah berseri menawan

    صَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّد Selawat Allah ke atas Muhammad
    صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ Selawat salam dipohon lagi
    صَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّد Selawat Allah ke atas Muhammad
    صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ Selawat salam dipohon lagi

    اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلَيْهِ Wahai Tuhan, selawat dan salam dan keberkatan atasnya...

    mari membaca nye beramai ramai :)

    ReplyDelete